Selamat datang ke Program Sehari yang diadakan sempena dengan Sambutan Minggu Pemerhatian Helang2010. Sambutan Minggu Pemerhatian Helang merupakan satu program tahunan yang dianjurkan bagimempromosi kesedaran tentang fenomena migrasi burung dan juga menyedarkan orang ramai tentangkepentingan Tanjung Tuan sebagai tempat persinggahan burung migrasi.
Apa itu migrasi burung?
Migrasi burung merupakan satu proses perpindahan burung dari satu kawasan ke kawasan yang lain dalam satu tempoh tertentu.
Kenapa bermigrasi?
Burung-burung bermigrasi bagi mengelak cuaca sejuk di negara asal seperti China, Russia, Jepun, Korea.Keadaan negara asalnya yang sejuk menjadikan keadaan sekelilingnya tidak sesuai untuk didiami. Ini mendorong burung-burung bermigrasi ke negara-negara yang mengalami cuaca yang lebih panas untukmendapatkan perlindungan, makanan dan air.Burung-Burung migrasi yang menjadi tumpuanBurung pemangsa – terdiri daripada burung falko, helang, rajawali, hereng, burung hantu dan lain-lain. Ia bolehditemui di pelbagai habitat di dunia kecuali di kawasan gurun melampau dan tundra.
Antara burung-burung yang boleh diperhatikan di kawasan Tanjung Tuan ialah seperti Lang Lebah, Lang Baza,Lang Sewah Cina dan Lang Sewah Jepun.
Ciri-ciri burung pemangsa:
• Kuku tajam
• Penglihatan tajam
• Paruh bercangkuk
• Karnivor
Burung pemangsa ini bermigrasi pada waktu siang apabila keadaan cuaca yang baik kerana ia memerlukan turus udara panas untuk membantunya bermigrasi dengan lebih efisien kerana turus udara panas inimembolehkan ia melayang dan terbang tinggi tanpa burung perlu mengepak sayapnya untuk terbang jauh.
Kenapa Tanjung Tuan?
Tanjung Tuan menjadi tumpuan beribu-ribu burung pemangsa setiap tahun antara bulan Februari dan Aprilkerana jarak antara Tanjung Tuan dan Sumatera adalah yang terdekat sekali sepanjang Selat Melaka.